CikguOnline Forum Index CikguOnline
Forum guru-guru, murid-murid & Ibubapa di Malaysia.
 
  FAQFAQ    SearchSearch    MemberlistMemberlist    UsergroupsUsergroups    fchat fChat  RegisterRegister  
  ProfileProfile    Log in to check your private messages Log in to check your private messages    Log in Log in 

Sains, Matematik, bahasa Inggeris: Anak murid ‘terkorbanâ€

 
Post new topic   Reply to topic    CikguOnline Forum Index -> Sains & Matematik
View previous topic :: View next topic  
Author Message
cikguonline
Pegawai Waran


Joined: 26 Dec 2004
Posts: 63

PostPosted: Tue Apr 12, 2005 12:17 pm    Post subject: Sains, Matematik, bahasa Inggeris: Anak murid ‘terkorban†Reply with quote

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah bagi matapelajaran Sains dan Matematik sudah menjangkau tahun ketiga. Banyak sudah maklumbalas yang kita terima sama ada positif atau sebaliknya. Bagi pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelajaran, P&P berbahasa Inggeris menampakkan peningkatan dan murid-murid tidak banyak menghadapi masalah. Kepada sebahagian besar ibu bapa, terutama di luar bandar, keadaan ini membimbangkan mereka. Kebimbangan ini disebabkan ada ibu bapa tidak dapat membantu menyemak dan mengajar anak-anak mereka kerana mereka sendiri tidak arif tentang mata pelajaran tersebut.

Mereka amat ingin sekali membantu tetapi tidak berupaya. Bagi yang berkemampuan, mereka akan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, itupun jika ada di tempat mereka. Sekiranya tiada, maka terpaksalah si anak belajar sendiri bergantung kepada teks wajib dan bimbingan guru.

Hal yang sama mungkin dihadapi oleh murid di SRK (Cina/Tamil) dan SMK (Cina) yang juga dikehendaki menggunakankan bahasa Inggeris bagi P&P mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk melihat lebih jelas senario P&P berbahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah, ada baiknya saya lampirkan kebimbangan salah seorang guru yang menamakan dirinya Cikgu Komando yang terlibat dengan P&P Sains.

Katanya: Polemik mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik amat merisaukan semua pihak, termasuk para guru dan ibu bapa. Sebagai seorang guru yang terlibat mengajar sains tingkatan satu, saya ingin memberikan pandangan terperinci berdasarkan pemeriksaan terhadap mutu jawapan pelajar dalam kertas soalan peperiksaan sebuah sekolah luar bandar.

Terdapat tiga kategori pelajar sebenarnya. Yang pertama; memang mahir dalam Bahasa Inggeris dan mahir konsep sains. Yang kedua: mahir konsep sains tetapi lemah Bahasa Inggeris ataupun mahir Bahasa Inggeris tetapi lemah konsep sains. Yang ketiga dan dominan: konsep sains lemah dan Bahasa Inggeris pun lemah.

Saya tidaklah mempunyai kaedah canggih, laporan tesis dan penyelidikan peringkat tinggi untuk membuktikannya, seperti pihak kementerian Pendidikan; tetapi sekadar jujur dan ikhlas menyatakan yang benar dan tersurat berdasarkan pengalaman saya (tidak hanya duduk dalam pejabat dan melemparkan dasar dan pelbagai rumusan pendidikan untuk memuaskan hati orang atasan(Barisan policy maker).

Saya sukar untuk merumuskan kelemahan pelajar dari segi konsep sains mahupun bahasa kerana keadaan ini menjadi lebih parah dengan perlaksanaan bahasa asing. Ini terbukti dalam banyak ujian Kertas 2 sains yang dijalankan di sekolah:

a) Kebanyakan pelajar tidak mampu memahami arahan dan kehendak soalan. Jawapan mereka memang entah apa-apa. Soalan lain jawabnya lain.

b) Pelajar tidak mampu menghuraikan jawapan sepertimana yang dikehendaki dalam skema jawapan. Hanya yang betul-betul cerdik (kategori pertama) mampu.

c) Banyak ruang jawapan kosong (tak boleh jawab langsung)

Apakah sebenarnya yang sedang kita lakukan kepada anak bangsa kita? Wajarkah masa depan mereka dieksperimenkan hanya untuk memastikan satu hipotesis iaitu ‘pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mampu meningkatkan mutu pencapaian Bahasa Inggeris’ boleh diterima atau tidak?

Kalau kita menunggu kejayaan anak didik pertama hasil dasar ini pada 2008, wajarkah kita meminggirkan ketidaktentuan yang berlaku pada anak-anak didik dari tahun 2002-2008? Mereka dijadikan bahan eksperimen dengan keputusan ujian dan peperiksaan yang menyedihkan.

Siapa yang akan menanggung risiko daripada perubahan dasar ini? Pembuat dasar? Ibu bapa? Guru-guru? Atau murid-murid itu sendiri…? Bagaimanakah perasaan ibu bapa yang anak anak mereka dilaburkan untuk ‘dileburkan’ oleh dasar ini. Apakah semua saintis, para doktor, jurutera dan ilmuwan Melayu masakini semuanya lahir hanya pada zaman bila sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris?

Saya tidaklah terlalu fanatik dalam soal bahasa Melayu, cuma sekadar memikirkan kesan dan implikasi perlaksanaan dasar ini sekarang yang sedang membarah di kalangan anak-anak kita. Pergilah ke sekolah dan ambillah keputusan subjek Sains dan Matematik untuk dikaji kembali secara menyeluruh. Janganlah hanya ke sekolah di bandar dan sekolah terkemuka untuk melaksanakan kajian.

Berlaku jujurlah. Semua ibu bapa yang menatap tulisan ini juga tahu mengenai prestasi anak mereka masing-masing dalam subjek ini. Biarlah kerugian wang berjuta-juta ini dihentikan sekarang demi memastikan anak-anak masakini dan akan datang, terbela.Yang sudah tu sudahlah..Jangan biarkan sampai lebih ramai lagi yang menjadi ‘korban’ kerana perlaksanaan terburu-buru ini. What you say guys?

Sumber : http://www.speedfinger.org/portal/html/modules.php?name=News&file=article&sid=515&mode=&order=0&thold=0
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    CikguOnline Forum Index -> Sains & Matematik All times are GMT


Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum